
PENGERUSI Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), Datuk Mohammed Hussein melancarkan buku ‘Seeking a Life Balance’ di Bangunan CGC, Kelana Jaya, Selangor pada petang Sabtu.
Menggunakan nama pena, Elm Edge, Mohammad berkongsi etika bekerja secara Islam pada buku yang mempunyai 217 halaman itu.
“‘Seeking a Life Balance’ adalah pendokong etika kerja secara Islam berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW untuk meneruskan kehidupan kerja yang seimbang.
