
PETALING JAYA – [DIKEMAS KINI] Berpengalaman luas selama 31 tahun tentang budaya kerja dan keberkesanan organisasi dari perspektif dunia korporat mendorong Pengerusi Credit Guarantee Corporation Berhad Malaysia Berhad (CGC), Datuk Mohammed Hussein menghasilkan buku ‘Seeking A Life Balance’.
Menggunakan nama pena Elm Edge, anak kelahiran Kota Bharu itu menghasilkan buku berkenaan adalah untuk menyediakan naratif tentang kepentingan kritikal nilai dan teras dalam mencari keseimbangan hidup.
Mohamad Hussein yang juga Felo Institut Bank Bertauliah Asia berkata, ‘Seeking A Life Balance’ setebal 217 muka surat dihasilkan berasaskan etika kerja Islam pada ayat al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
